F
O
L
L
O
W
Interview Architecture UITM
Assalamualaikum. Hye Fellas mahupun adik adik yang dah habis SPM ataupun baru nak ambik SPM. Disini akak.. *Ceh akak lah sangat. Eh rasa akward bahasakan diri akak* Ahaha okay apa apa ja. Disini akak nak share pasal pengalaman interview. 


" Interview apa kak ? " 
" Payah tak kak ? "
" Bila kak ? "
" Soalan dia apa kak ? " 
" Apa kriteria yang dia nak kak ? "
" Tolong share pasal tips interview kak " 


Okay sat slow slow. Tak dapat nak catch up. Hahaha. Jadi banyak jugak laa antara junior kat FB yang tanya ni. And even di twitter. 

Okay first of all, interview yang akak attend tu is for course architecture. Course yang akak ambik ni terus lompat ke Bachelor of Degree in Architechture. Kalau secara kasar people will say course ni Degree. Boleh laa sikit sikit nak dikatakan macam tu. Kira halal lah. Hahaha. Kira nanti if korang dah habis belajar ni, sambung master jala. 

Untuk adik adik yang dapat interview course ni nanti, jangan cuak tau. Stay cool jaa. Hahaha. *Pandai laa nasihat orang padahal diri sendiri tu dah cuak tahap apa lagi*

Mana nak apply course macam ni ? Course ni ADA dalam UPU. Jangan nanti ada yang pertikai cakap takda. Tengok elok elok. Mmg dia tak berapa nak perasan sangat course ni dalam pilihan UPU tu. Disebabkan banyak jenis pilihan course yang kita baca, jadi otak dah tak fokus main bacaaaa ja mcm akak ahaha. So dinasihatkan siapa yang minat architecture, boleh lah ambik kos ni. Jimat masa tak payah start dari diploma dah :) Btw course ni dalam UPU, " Sarjana Muda Sains ( Kepujian ) Senibina " 

Haa akak dah melalut panjang dah tu. Hahaha abaikan. Okay so akak nak share sikit pasal interview ni. Pertama, dinasihatkan DATANG AWAL dari jam yang ditetapkan. Sebab advantages untuk korang. Mostly kriteria yang interviewer nak is orang yang punctual. Datang awal, boleh diinterview awal and balik awal. Org yang datang awal ni mmg high chances untuk dipilih sebab bila interviewer tu dah interview ramai orang dia akan jadi macam bosan sbb dia akan ulang ulang and ulang tanya soalan yg sama sbb dia pun ketandusan idea jugak nak reka banyak banyak soalan. Dia nak test kita punya self confidency ja.
 
Kedua, BAWAK PERALATAN MELUKIS secukupnya. Jangan laa kang korang dok " Hai orang sebelah, pinjam pemadam. Hai orang sebelah, pinjam sharpener. Hai orang sebelah, pinjam pensel blablabla " Sebab ini akan mengganggu kosentrasi orang sebelah nak fokus melukis. Duration melukis tu hanya sejam jaa wahai adik adik. Jadi fokus betul betul. Nanti menjejaskan masa orang sebelah dengan korang korang tak sempat siap melukis. Hahaha. Masa melukis tu, kreatifkan lah sikit guna teknik shadding dan sebagainya.


  " Apa yang dia suruh melukis kak ? "


Benda yang dia mintak kita lukis is just simple. Dia akan letak meja and dia susun lah apa apa barang kat atas meja tu. Contoh macam atas meja dia letak lah kotak air dengan fail fail ka apa. Masa akak, dia letak 3 fail dan benda alah tu yang mcm siren tu. Ikut ja dia apa dia nak letak. Tapi just don't worry dia takda suruh lukis banggunan ka apa. This stage dia hanya nak tengok kita punya teknik melukis. Lukis betul betul yaa. Interviewer dia akan lebih suka lukisan yang detail. Maksudnya korang bukanlah lukis apa yang atas meja tu saja. Kalau boleh, lukis apa yang ada di sekeliling dan detail. Itu akan memberi markah lebih. Contoh prop yang dia suruh kita lukis terdiri macam ni :



( Eh jangan gabra ini semua dongeng )

 
Dia ala ala macam ni la. This photo credit to Sis Sophie Al Yahya. 


Ketiga, ETIKA PEMAKAIAN. Actually untuk architechture punya kos, ada warna yang mewakili architect punya style. Untuk lelaki, of coz lee baju kemeja yang bertali leher. Pastikan kemas laa. Kalau lelaki akak rasa diorang mcm okay jaa kalau nak pakai warna apa sbb it's quite weird laa kalau tetiba lelaki berkemeja merah pulak. But i think blue black colour is okay untuk lelaki sbb nampak berani. Architect is all about berani and tough. Yang nak ambik course ni make sure korang ni jenis tak cepat putus asa laa sbb course ni mmg payah yaa ampun. Yalah, nak menjana ekonomi  negara mesti ambik graduan yang professional. Takda punya nak ambik graduan yang lembik kena marah sikit dah nak menangis. Untuk perempuan sesuai biru gelap. But it's up to you. Korang rasa warna apa yang membuatkan korang nampak berani ? Setiap warna ada ciri ciri dia jadi korang study lah dulu pasal warna. Act ada akak pernah hadiri satu taklimat pasal tips nak interview ni macam apa benda kita boleh pakai and apa yang tak boleh. And heree i'm going to briefing sikit. Sesuai untuk interview kerja or scholarship.

1. Jam. Yaa pakai. Satu kewajipan jugak ni. But make sure, jam korang tu bukannya jenis jam yang macam G-Shock yang besar gedabak. Jam yang tak terlalu fancy. Just jam besi biasa dah memadai. Takyah diamond diamond bagai.
2. Cincin, untuk perempuan if nak pakai, just pakai satu jari. But for me, tak berminat nak pakai. Kahkah. Lelaki takyah laa kang nampak apa pulak. Tak digalakkan pakai yaa untuk lelaki. 
3. Faktor pemakaian. Kalau seluar korang or kain korang warna bawahnya gelap, pakai kasut gelap. Kalau bawahnya cerah pakai kasut cerah. Oh haa kasut make sure yang ada tumit dan BERTUTUP ! Jangan pakai wedges just please ini procedure interviewer yang interviewer sendiri inform. Hahahaha. Untuk perempuan, elakkan pakai tudung putih atau pun hitam ataupun hitam putih. Janganlah macam outfit korang tu just hitam and putih sahaja. Sebab... entah. Aunty tu cakap tak boleh sbb nampak tak bervariasi seolah olah budak ni tak pandai bermain dengan warna. Haha
4. Elakkan pakai keronsang yang besar besar atau blink blink yang mensilaukan mata. Hahahaha. Ini serious okay kahkah. Tudung pun. Elakkan tudung yang mcm banyak sangat manik sini sana. 
5. Silent phone ._. Kang tengah kena interview tetiba ada orang call hahaha mana nak tahu kan. Malang tidak berbau. 
6. Girl, handbag is a must for you. Jangan lenggang sangat. Kalau bawak file masuk dalam bilik interviewer, cara bawak file pun kena berkeyakinan jangan lah hayun file tu hahaha macam dah nak pegi pasar pulak.
Prepare your mental hahaha kita tak tahu apa yang interviewer tu nak tanya. Untuk akak, sangat frust bila 14 orang sebelum akak tu yang keluar masuk bilik interview tu akak pergi tanya " Dia tanya apa ja ? Ada tak dia tanya about building sini or sana ? Dia fully english ka ? "

And jawapan yang akak dapat semuanya.. " Dia tanya pasal family background, ada certain yang tanya pasal architect dan ada yang tak. Tak, dia BM ja. Ada campur english sikit. " Okay so akak kurang laa cuaknya tu sbb pikir boleh laa merapu dalam BM kalau dia tanya. 
Jadi turn akak pun sampai. " Okay candidate no 15 " ( Actually akak candidate yg ke-13 tapi ada kesilapan teknikal macam mana tah, jadi 2 orang sebelum tu di interview awal.) Masa masuk ni dup dap dup dap hanya Allah ja yang tahu. Tahap nak menangis jalan pun tak boleh nak laju sbb lutut dah lemah. Haa imagine tahap ketakutan dia tu. Hahaha. 
*Jalan dengan muka cool masuk. Senyum sikit.*

Me : Assalamualaikum. *Senyum kambing*
Interviewer : Waalaikumsalam. Have a sit and before that.. give me your personal data including your parents IC and their birth certificate.
Me : *Gelabah cari mana letak sebab pergi staple sekali. Dalam hati diri sendiri jaa tahu betapa marahnya pergi staple buat apa kan nak koyak dah payah =.= *
Interviewer : Relax and find properly *Dia gelak gelak*
Me : *Kuang hajo pegi gelak. Fineee Dx* Lepas dah jumpa bagi la.
Interviewer pun show la some cards yg untuk test whether kita buta warna or not. Dengan confidentnya jawab nombor nombor tu hahaha.
Interviewer : Okay tell me about yourself.
Me : My name is Nurul Aida Afiza bt Ghazali and blablabla my age is 17 years 5 months and 23 days. * Bapak punya detail, interviewer tu muka tercengang atau mungkin dia pun tengah mengira sekali* Hahaha tak salah what kelainan dalam pengenalan diri.
Interviewer : So what is your father's job ?
Me : My father is not working. It's only my mother who is working.
Interviewer : .........
Me : ....... (Berlaku adegan silent di antara penemu duga dan candidate yang di temuduga)
Interviewer : Okay, so have you ever been somewhere before ? I mean like oversea or something ?
Me : I've never been somewhere in oversea before. My mom is busy working and she doesn't have time to bring us for a holiday.
Interviewer : Okay.. So how about in the country ? Have you ever been to Pulau Pinang or any other place ?
Me : Pulau Pinang ? Yes ! *Senyum kambing*
*Sesungguhnya macam tu laa akak speak. Sungguh tak nampak professional. Macam orang baru nak speaking ada laa* Kay sambung.
Interviewer : Okay tell me what you think about Pulau Pinang.
Me : *Dah gelabah tak tahu jawab apa. Last last... " I love the Penang Bridge because it seems beautiful from far. Apart from that, it's building structure is strong. So i think Penang is just a nice country which have a lot of historical building. Interesting. Amazing. Haaa that's all.
Interviewer : ..... Okay so.. do you have something to ask me ?
Aik ? Aku pulak menanya ? Kay kay. Inilah peluangnya.
Me : So how do you think about my drawing ?
Interviewer : I love your drawings because on how you manipulate with the technique and the details of the props you've shown here. Nothing's special just if you manage to futher studies in this course, make sure to improve you drawing skills. Okay but not too stunning.
*Amboi interviewer ni hahaha komen panjang benor*
Me : How about the criteria needed for an achitecture student ? I mean.. how you choose a particular candidate to futher the studies in this course ?
Interviewer : Oh no no no, it's not me who determine who is going to futher and who is not. I'm just giving marks based on student's achievement in school. Sometimes, eventhough you got a low marks from me, but pihak uitm will choose and i don't know based on what things. May luck is on your side. (So akak baru tahu yang dia ni bukan lecturer uitm lah kan ? Ka lecturer jugak ? Taktahu arr confius. )
Me : *Buat gila pergi tanya markah* So, how about my marks ?
Interviewer : Hahahahahaha i can't tell you.
Me : Okay. Hahahahaha.
Interviewer : Do you still want to know your marks ?
Me : If you want to tell then.... i'm always okay.
Interviewer : Find me when you get to futher in this course. I'll tell you.
Me : *Ketawa akward* Interviewer ni nak buat lawak apa ni. ;-;


So ending di situ. Dok rasa dalam hati macam tak dapat dah sbb yelah. Cakap english berterabur. Jawab soalan entah apa apa. See ? Soalan dia tanya langsung tak ke arah architecture sangat. Tapi akak tak galakkan lah kalau korang dapat interview kos ni tapi tak study pasal architecture. Ini mungkin luck akak sbb tak dapat soalan susah. Lain interviewer lain soalan dia kan. Hahaha Alhamdulillah masa check UPU itu hari akak dapat futher course ni. Bersyukur sangat dapat kejar cita cita. 

So tips akhir akak, kalau datang awal, jangan tunggu depan bilik interviewer lagi sbb dia akan jalannkan drawing test dulu. Ada sesetengah yang tak inform kat mana. Pepandai korang laa cari sbb kalau lambat korang attend drawing test tu, lagi lambat lah korang kena interview. Dan lagi lambatlah korang balik. Hahahaha salam khamis dari akak, Assalamualaikum.

Dan kepada sesiapa yang meneruskan usaha membaca entry ni sampai habis, tahniah ada berjaya menguji kesabaran anda membaca entry yang bertulisan kecil. Kalau baru kes macam ni korang dah tak sabar dan terus blah macam tu je tanpa baca sampai habis, hilang satu kriteria architect dalam diri korang. Architect kena sentiasa bersabar dan challenge diri sendiri. Tahniah kepada sesiapa yang berjaya :)

DAN GOODLUCK KEPADA SESIAPA YANG DAPAT KOS NI. CARI AKAK KAT UITM SERI ISKANDAR. HAHAHA INSYAALLAH ADA. *Aceh bajet siaa masuk pun belum. Insyaallah bulan 9/2014 daftar* :)